SELEPAS GADING GRADUASI, RINDU BANGKU SEKOLAH...
by - October 04, 2009
















Aku kini di Kuala Lumpur. Menapak tangga menara gading kembali. Bukan lagi sebagai mahasiswa undergraduate tapi seorang Pembantu Penyelidik di Akademi ku dahulu.
Di Jabatan Al-Qur'an dan Hadith. Kepada seorang pensyarah yang amat sangat berdedikasi dan disegani. Sangat baik hati dan memahami. Ybhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff namanya.

Sekali lagi abahku bernafas lega saat mendengar 'Al-Qur'an dan Hadith'. Memang itu yang dia mahu dari dulu. Tambah lagi dengan ujaranku bahawa aku mahu menyambung dalam bidang ini. Memang gembira. Hingga hampir setiap hari beliau menyebutkan perkataan "Gembira" dan "Bahagia" sambil mengusap kepala ku. Atau mencium rambutku. Memang aku berbunga-bunga. "Ma Ridhollahu Illa Bi Ridho al-Walidain" ~ Tiadalah keredhaan
Allah kecuali dengan keredhaan ibu bapa. Insya Allah.

Sebulan penuh Alhamdulillah aku dapat berpuasa penuh di rumah bersama keluarga induk tercinta. Alhamdulillah.
Sampai sempat aku lupa, bila kali terakhir aku dapat puasa penuh bersama keluarga induk. Rasanya ia kira-kira 13 tahun lepas. Waktu aku darjah empat.
Selepas itu aku bersama abang long tinggal di rumah nenek. Waktu itu abah mengambil keputusan melanjutkan degree di UKM. Dia pergi bersama mak dan 4 orang adikku ke KL.
Aku masih kecil tidak tahu apa. Tapi aku faham sekali. Berat untukku, lagi berat untuk mereka.

Kemudian aku masuk asrama. Sekecil tingkatan 1 aku sudah berulang alik dari Jerteh ke Kota Bharu. Naik Bas SKMK (Sampai Kelate Make Kepok).
Maahad Muhammadi Perempuan yang amat sangat kucintai.
(Adik bongsuku Adam Tingkatan 1 di SMA Ittifakiah Jerteh sekarang, hingga kini masih dijemput Abah setiap pulang bercuti. Bimbang kata Abah! Padahal adikku sangat teruja ingin berdikari. Kata Abah mula Tingkatan 2 nanti dia akan izinkan)

MMP KB, Tempat menadah kitab Bahasa Arab, Sirah, Nahu, Sorof, Tafsir, Hadith, Feqah....sampai ada antaranya yang aku ingat-ingat lupa pelajaran dan hafalannya..maafkan aku Ya Rabbi..Tingkatan 1 itu juga, abah posting di Pantai Remis (memang banyak remis! I miss it) nun di Manjung, Perak sana...
Habis Peralihan, Alhamdulillah aku dapat 'lompat kelas' (istilah sekolah YIK).
Separuh tahun pertama di Peralihan 3, separuh di Tingakatan 1 Ekspress II. Memang belajarnya ekspress! Sampai sempat aku stress!
Sampai PMRU di Tingkatan 2 kemudian PMR.

Habis 3 tahun, abah mengambil keputusan balik ke kampung. Hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri...lebih baik di negeri sendiri..aku mula faham peribahasa itu.
Di negeri orang tidak betah tingkah. Juga dialeknya berbeza. Namun perjuangan mesti diteruskan. Aku lalu pindah ke Besut juga. Bersekolah di SMKANI, hampir setiap hujung minggu aku pulang ke rumah. Seperti junior Tingkatan 1 jadinya... : )
Kalau minggu tidak balik, keluarga akan datang membawa serbo mo'nika.. Ada satay...ada kuih muih..nasi, keropok lekor..air kelapa.. dan macam-macam lagi..
Syukran pada Yah (UPSI) yang selalu menemaniku jumpa keluarga. I miss u Yah!

Namun aku rindu pada kitab-kitab itu. Teringat kalau sesi pengambilan atau penyerahan buku teks.....harus benar-benar dibilang. Ada dua jenis; buku agama dan buku akademik katanya.
Semuanya hampir 20 biji buku teks. Belum dikira musim peperiksaan, cukup lama tempohnya. Subjeknya juga hampir 20.
Buku agama yang kecil-kecil itu, aku sangat rindu untuk memeluk dan menciumnya. Walau setiap hari harus menyalin kalimah-kalimah Arab yang tidak berapa difahami itu.. Dan masuk ke kelas harus menanti, menyalin sepatah-patah baris dan makna yang keluar dari mulut Ustaz dan Ustazah..dan menahan kantuk malah sempat juga tidur di meja, sungguh aku bahagia!

Aku akui aku juga sempat merasa jahiliah.. jiwa remaja yang memberontak... Bukan tidak pernah aku dirotan tapak tangan kerana tidak ke surau lebih dari 3 kali seminggu.
Di asrama, AJK 'Kebajikan' (jaga surau, pelik juga 'term' tu..tak tahu macamana sistem sekarang) akan menanda setiap hari adakah kita ke surau berjemaah atau tidak.
Wajib pergi adalah Subuh dan Asar..Zohor semua buru-buru pulang dari sekolah tidak mengapa.. manakala Maghrib dan Isya', memang wajib turun siap memakai lengkap, membawa kain telekung yang digantung di hanger. Blok akan dikunci tepat pukul 7 malam. Kalau mamnu' minassolah, maka kami akan duduk di tepi surau. Kadangkala bermain dengan anak-anak ustaz yang datang berceramah. Antaranya anak Ustaz Omar (Cucu Tok Guru) yang Cina itu... atau sekadar melayan nyamuk-nyamuk di bawah pokok, atau berbual meluah rasa..atau pergi prep awal. Rindu juga aku pada usrah seminggu sekali...yang aku sangat malas untuk pergi... (Sekarang aku pula menjadi Naqibah...baru rasa perasaan gimana anak usrah malas datang..huhu)

Di Sekolah Agama kerajaan..terasa kosong jiwaku.. Hanya tambah subjek Bahasa Arab, dua kelas seminggu.. Itu sahaja..
Kain juga warna biru. Tudung-tudung labuh ditarik-tarik dan disingkatkan semampu-mampu.. sekali tengok tidak ada bezanya dengan Sekolah Menengah harian biasa..
Kalau di Maahad dahulu, waktu sport-check, Dhobitah-dhobitah (polis wanita?hehe) yang solehah dan comel akan datang membawa pembaris, mengukur tudung-tudung labuh dari paras siku dan perut.

Justeru waktu Pak Menteri mahu membandingkan sekolah agama kerajaan dan sekolah YIK/agama negeri/agama rakyat...aku tergelak sendiri. Entah kenapa.. Bagai langit dan bumi.
Pak-pak guru, Sang Murabbi, Mursyid dan Mudir yang berada di sekolah agama rakyat...sungguh terpancar warak, zuhud, alim, ulama', ikhlas...dan tidak mementingkan harta gaji dunia..ada apa pada DG-DG????

Namun aku juga sangat rindu, dan berterima kasih mengenali SMKANI. Dalam keseorangan aku mengutip kekuatan jiwa..mengenal cinta Ilahi sejati.. Di situ, bukan di Maahad. Tapi, aku pun tidak nafikan banyak SMKA yang hebat-hebat.. KISAS, Syeikh Abdul Malik umpamanya..

Aku menunggu-nunggu siapa yang dapat menandingi adik Madihah produk dari rahim Maahad.. namun ternyata sudah tidak boleh kerna..
"Cukup 10 sahaja.." kata Pak Menteri. Sampai penasaran cikgu-cikgu sekolah agama, terpaksa minta tunda satu tahun lagi.
Aku pun jadi pening. Sekurang-kurangnya kami student Sekolah Agama aliran Sains perlu 11 subjek.
Pertimbangkan (1) BM (2) BI (3) BA (4) MATH MODEN (5) MATH + (6) PQS (7) PSI (8) SEJ (9) BIO (10) KIMIA (11) FIZIK. Itu asas..sudah lama diwartakan..
Lalu harus bagaimana?? Pilihlah Math Mod atau Math +... Bukan, pilihlah Qur'an Sunnah atau Syariah Islamiyyah.. bukan-bukan..Pilih mahu KIM + FIZIK, atau KIM + BIO..
Seperti kuih atau nasi kerabu jadinya.. Benar-benar eksperimen bermusim yang memandulkan!

Sekarang sistem pendidikan khususnya pendidikan rendah dan menengah banyak dibahaskan. Tahniah pada GAMIS (esp Kak Nurul Muna) yang menganjurkan Forum Rejuvenasi Sistem Pendidikan.. Khususnya pendidikan Agama..benar2 tidak sangka dapat dianjurkan oleh mahasiswa.. seperti halnya juga dengan Konsert Antara Dunia Gamis baru-baru ini. (ShouHar cool!~suka la tu Dik Mek Jaa) Baru-baru ini juga sempat menonton Suara Siswa di TV1, juga membahaskan tentang sistem pendidikan. Yang paling bersinar tentunya orang kiter, adik Noni dari UIAM.

Aku kira memang ia perlu sangat-sangat-sangat dikaji semula. Anak-anak muda bangku sekolah sekarang sangat pelik. Bukan tidak sering yang digantung sekolah kerana kes yang tertutup (maksud ku yang ditutup-tutup). Antaranya melakukan persetubuhan sesama mereka. (Nastaghfirullah...Nauzubillah..)

Dan satu Point Penting ku di sini.. "I DREAM OF HOLY HOLISTIC GENERATION!"

SALAM GENERASI HARAPAN
Syahadah al-Hafeezah a.k.a Mawar_Mujaheedah

You May Also Like

2 Comments

  1. salam..

    dah lama nak cakap;
    FIZAH memang BOLEH MENULIS..

    saya enjoy membacanya..!!

    ReplyDelete
  2. Cik Jie..semua orang boleh menulis. Kecuali yang tak pergi sekolah belajar abc..hehe

    Doakan la kite dapat jadi penulis..tapi ntah bila nak serius.. Cadangnya SEKARANG. Insya Allah

    My Syahadah

    ReplyDelete